Thursday 24 February 2011

5 WASIAT HASSAN AL-BANNA

Wahai kawanku,
Segerakanlah tunaikan solat di awal waktu,
Di kala mendengar azan,
Di situ ada sumber kekayaan,
Di situ ada sumber pertolongan,
Di situ ada sumber Taufiq,
Perhatikanlah Tuhan mensyariatkan solat,
Juga di medan perang walaupun,
Di saat genting dan cemas.

Wahai kawanku,
Bacakanlah Al-Quran,
Selalulah berzikir,
Kurangkanlah masa yang tidak ada tujuan,
Sesungguhnya Al-Quran adalah sumber asli,
Lautan ilmu,
Selalulah berzikir,
Di sini ada ketenteraman,
Di sini ada kedamaian,
Jadilah hamba yang sejahtera.

Wahai kawanku,
Awasilah pertengkaran kerana di sana ada,
Unsur lain,
Syaitan namanya !!!!!

Wahai kawanku,
Senyunlah selalu,
Tetapi bersederhanalah dalam ketawa.

Wahai kawanku,
Seriuslah selalu dan berguraulah berpatutan,
Tanpa serius, hilanglah kesukaran,
Tanpa bergurau, tawarlah kehidupan,
Berikanlah kerehatan pada jiwamu,
Yang sibuk dengan berfikir,
Ubati dengan gurauan.

No comments:

Post a Comment